logo tintawargamas 700 200

Mohon kerjasama rakan-rakan untuk mengisi FORM MAKLUMAT PERIBADI bagi memudahkan kerja-kerja menyiapkan laman web ini. TENGKIU BERRY MARCH

ADA CADANGAN?

Klik butang ini untuk sampaikan cadangan anda kepada kami

Mohon kerjasama rakan-rakan untuk mengisi FORM MAKLUMAT PERIBADI bagi memudahkan kerja-kerja menyiapkan laman web ini. TENGKIU BERRY MARCH

………………………………………….

Peratus jumlah bekas pelajar yang sudah mendaftar mengikut homeroom. Jumlah sudah mendaftar = 102

Alpha (17)

0%

Beta (17)

0%

Chi (16)

0%

Delta (16)

0%

Epsilon (16)

0%

Phi (20)

0%

PEMULA KATA

1982 , pada usia 12, kita masing-masing di saat memulakan  langkah mencorak masa depan. Di ketika itulah kita dipertemukan. Sama-sama ketawa, sama menangis. Semua itu menjadi sebahagian dari lipatan perjalanan hidup kita. Melahirkan sebuah persahabatan.

Berdekad telah berlalu, persahabatan yang terjalin masih lagi utuh tidak runtuh. Sahabat di usia setahun jagung kini sudah semakin matang. Dengan laluan dan lorong kehidupan masing-masing. Walau berbezanya ketara sekali, ianya hanya di mata bukan di hati. Tawa jenaka hari ini masih lagi seperti di saat itu. Segar di ingatan. Di pandangan mata kita, semua yang di sekliling kita, bila berada sesama kita, tetaplah kita yang dulu… sahabat ketat.

Semoga dengan kehadiran laman web tintamas ini mampu mengekalkan ingatan kita terhadap hari semalam, menjadikan hari ini lebih ceria dan memberikan harapan untuk esok. Semoga sahabat semua sudi menyumbang dan sama-sama menjayakan laman web ini. Silatulrahim yang terjalin sekian lama tidak layak dilupakan begitu sahaja.

 

laman web Tinta Mas ini adalah kesinambungan Majalah Tinta Mas asal yang dihasilkan pada tahun 1986 untuk batch XMRSMJ86. Selain memperkukuhkan silatulrahim, tujuan web ini diadakan adalah untuk mengikuti perkembangan sesama kita dan mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah atau akan dijalankan bersama samada secara santai atau formal. Tentunya web ini menjadi tempat yang sangat sesuai untuk koleksi gambar, video dan bahan bahan seumpamanya untuk menyimpan memori persahabatan kita.

Laman web ini bersifat beterusan dan asas utama kejayaannya adalah sumbangan bahan dari kita semua. Semoga dengan sumbangan dari sahabat semua, Laman web tintamas ini suatu hari nanti akan menjadi  bahan rujukan penyimpan kenangan kita semua.

Senarai Pelajar Ikut No Maktab

Lihat senarai mengikut No Maktab dengan foto dari TintaMas yang asal.

Foto-foto dari zaman sekolah. Foto-foto yang benar-benar mengimbau kenangan lalu. 

Reunion 2010 PD

Tarikh:

Lokasi: Sime Darby Bungalow, Bt 9 Port Dickson

Jumlah Kehadiran: 40

Perjumpaan sulung Reunion untuk XMRSMJ86 yang dianjurkan secara solo oleh Tuan Paucit. Ia diadakan di Sime Darby Holiday Bungalow, Bt 9 Port Dickson. Kudos kepada Tuan Paucit. Seramai 40 ahli XMRSMJ86 yang hadir disamping kehadiran seorang ahli yang ramai tak boleh agak siapa dia.

JS2013

Idea untuk mengadakan aktiviti ini dicetuskan oleh Balyan dan Md. Noor. Konsep bagi cadangan aktiviti ini telah menjalani beberapa perubahan sehinggalah terhasilnya aktiviti reunion seperti yang telah kita lalui.    Jenama “Jom Santai” diilhamkan oleh Zesdyzar dan menjadi tema asas reunion ini dan yang seterusnya.

JS2013 tidak mungkin berjaya direalisasikan tanpa Kerjasama rakan2 yang (dipaksa rela) menggalas tanggungjawab menangani pelbagai keperluan. Begitu juga dengan rakan-rakan yang turut membantu meluangkan masa dan material.Program JS2013 XMRSMJ86 turut didukung kuat dengan sokongan Presiden Ansara Tuan Azli (Balang). Segalanya dapat dicapai dan berjalan dengan baik. Begitu banyak yang disangka sukar dapat direalisasikan. Di antaranya ialah backdrop besar hasil tangan Malik yang menjadi ‘centre of gravity’ JS2013, Jejak Kasih dan banyak lagi. Semua ini menjadi format bagi JS yang berikutnya.

JS2016

Tarikh: 14 Mei 2016

Lokasi: ABC Camp, Janda Baik, Pahang

Jumlah Kehadiran:

Kejayaan mengadakan Reunion 2010 dan JS2013 telah memberikan keyakinan kepada mereka yang terlibat. Ditambah pula dengan suara dari rakan-rakan yang turut mencadangkan agar aktiviti Jom Santai ini diteruskan. Hasilnya, JS2016 diadakan.

Hj Jamaludin telah menyahut cabaran ini dan menerajui JS2016. Beliau menerajui JS2016 ibarat ‘conductor’ yang mengetuai orchestra (seperti gambar tertera diatas) dan disokong oleh AJK (sekali lagi paksa rela). JS2016 dimulakan dengan majlis bersama anak2 tahfiz dan diikuti Outdoor aktiviti disulami dengan bakat tradisional telah diadakan. Ada juga peristiwa dikunjungi tetamu tak diundang, nasib baik Tuan Oost menyelamatkannya tetamu itu dari… siapa eak.

JS50(2019)

Tarikh: 20 April 2019

Lokasi: Ilham Resort, Port Dickson, N. Sembilan

Jumlah Kehadiran:

Umur ahli XMRSMJ86 yang melalui separuh abad (50 tahun) dan kebetulan serentak dengan selang 3 tahun setiap Jom Santai, telah mencetuskan JS50(2019). Tema “Aged To Perfection” berlatarkan warna “Gold” sebagai tanda simbolik untuk umur 50 tahun telah dipilih. Nama ahli XMRSMJ86 telah disematkan di mug dan baju tshirt agar menjadi kenangan yang indah dengan harapan persahabatan kita akan berterusan.

AJK (masih lagi paksa rela) telah sekali lagi menjayakan JS50(2019) dengan penyertaan ramai muka-muka baru ke majlis Jom Santai. Buat julung kalinya, penasihat Homeroom telah dijemput untuk menyerikan Jom Santai. Aktiviti indoor yang diadakan telah diolah untuk menepati orang berumur 50 tahun (untuk mengelakkan salah urat) dan disertai dengan tazkirah pada waktu malam.

AKTIVITI KEAGAMAAN

Pelbagai aktiviti keagamaan yang melibatkan kawan2.

Misi Bantuan Banjir

Banjir pada tahun 2014 adalah yang terburuk dalam sejarah banjir di Malaysia dengan mencatatkan lebih 300,000 orang dipindahkan. Ia bermula dari pertengahan Disember 2014 sehingga Januari 2015. Antara negeri yang teruk dilanda banjir ialah Kelantan dan Pahang.

Atas sifat keperihatinan dengan mangsa banjir, XMRSMJ86 dengan kerjasama saudara Azizun (SPM88) telah melancarkan misi bantuan pasca banjir pada 10hb Januari 2015 ke kawasan Chenor, Pahang. Bantuan utama merupakan alatan persekolahan.

Setelah banjir di Kelantan reda, ilham untuk memberi bantuan rumah banjir timbul untuk membantu keluarga yang telah hilang tempat tinggal. Alhamdulillah sebanyak dua rumah bantuan banjir telah dapat di serahkan kepada dua mangsa banjir.

Ingin tahu bagaimana ilham ini timbul dan siapa yang menyumbang untuk bantuan rumah bantu banjir?

Tarikh: 20 Mei 2017

Lokasi: Teratak Che Dah, Rawang, Selangor

Aktiviti: Menyantuni anak-anak yatim dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada merkea